Powered By Blogger

Jumaat, 21 Disember 2012

kata orang putih 21 . 12 . 2012 KIAMAT . hari  JUMAAT .. Sapa yang duk percaya  awal-awal arini Kiamat bawa2 laa bertaubat ..  



Tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya HARI KIAMAT. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

TANDA - TANDA BESAR

  • Hijaunya bumi ARAFAH
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan ZINA yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah...
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi HIJAZ
  • Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
  • Berlaku perang besar di kawasan KAUKASUS
  • Runtuhnya KAABAH akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 kali gempa bumi.
  • Bermulalah kekuasaan DAJJAL..
  • Munculnya IMAM MAHDI
  • Turunnya NABI ISA a.s dan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya suku  YAKJUJ dan MAKJUJ
  • Diangkat AL - QURAN dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan SANGKAKALA pertama, kedua

Tanda-tanda kecil

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih muslim , Sahih bukhari dan Riwayat Tarmizi ..
  • Penaklukan Baitulmuqaddis
  • Zina bermaharajalela
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Bermaharajalela alat muzik
  • Menghias masjid dan membanggakannya
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
  • Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik
  • Ramai orang soleh meninggal dunia
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 
  • Bulan sabit kelihatan besar
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai-
  • Binatang buas berbicara dengan manusia - 
  • Bulan terbelah dua -
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-P/S ; Hanya ALLAH saja yang mengetahui kiamat .. semua itu rahsia ALLAH s.w.t ..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan